Isnin, 29 Mei 2017 - 9:25PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Malaysia, Laos kerjasama bidang sains teknologi

Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Zanariah Abd Mutalib



NAJIB bersalam bersama Thongloun ketika menerima kunjungan hormat di Dataran Perdana Putra, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Malaysia dan Laos hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.

Majlis di Perdana Putra di sini, itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Laos, Dr Thongloun Sisoulith.

Perjanjian ditandatangani Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Menteri Sains dan Teknologi Laos, Prof Boviengkham Vongdara.

Terdahulu, Najib dan Thongloun menghadiri mesyuarat tertutup, diikuti mesyuarat delegasi kedua-dua negara.

Thongloun tiba di Malaysia pagi tadi untuk lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Ini adalah lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Laos pada 20 April 2016.

Thongloun akan diraikan dalam Majlis Makan Tengah Hari di Seri Perdana, sebelum dijadual menyampaikan ucapan pembukaan pada Forum Perniagaan Malaysia-Laos di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di ibu negara.

Beliau juga dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara, petang ini.


Trending

    Disyorkan