Sabtu, 13 Mei 2017 | 6:47pm

Pasukan khas siasat video samun, rogol

SERDANG: Polis menubuhkan pasukan khas menyiasat kesahihan video kejadian samun dan rogol yang didakwa berlaku di sebuah premis judi dalam talian di Puchong Kinrara, di sini dan tersebar di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminudin Megat Alias, berkata pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian sedemikian.

Bagaimanapun, katanya, pasukan penyiasat sudah diarah mengenal pasti lokasi kejadian, mangsa dan suspek dalam kejadian itu.

"Kita minta mangsa dan pemilik premis segera tampil membuat laporan bagi membantu siasatan polis.

"Jangan buat spekulasi. Kita harap penyebaran video berkenaan dihentikan supaya polis dapat mengesahkan sama ada kejadian itu benar-benar berlaku di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X