Jumaat, 26 Mei 2017 - 6:07AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Sanchez hidup peluang Arsenal


ALEXIS Sanchez meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Sunderland di Stadium Emirates. - Foto Reuters

LONDON: Peluang Arsenal untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris masih terbuka selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas Sunderland di Stadium Emirates.

Sunderland yang sudah tersingkir dari kancah liga tertinggi Inggeris itu, bermain corak bertahan dan Alexis Sanchez memecah kebuntuan pada minit ke-72 selepas menyempurnakan hantaran lintang Mesut Ozil.

Sanchez yang menyaksikan jaringan babak pertamanya dibatalkan kerana terkena tangan rakan sepasukan Olivier Giroud, menambah jaringan menerusi tandukan sembilan minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal di tangga kelima dengan 72 mata, satu di belakang Liverpool dan tiga di belakang Manchester City yang menghuni tangga ketiga menjelang perlawanan terakhir Ahad ini. - Reuters


Trending

    Disyorkan