Jumaat, 26 Mei 2017 - 6:05AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

4 gol Kane bantu Spurs ratah Leicester


HARRY Kane menghangatkan persaingan pemburuan gelaran penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang meledak empat gol ketika Tottenham Hotspur menang 6-1 ke atas Leicester City, awal pagi tadi. - Foto Reuters

LEICESTER: Harry Kane menghangatkan persaingan pemburuan gelaran penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang meledak empat gol ketika Tottenham Hotspur menang 6-1 ke atas Leicester City, awal pagi tadi.

Sekali pun Tottenham hanya mampu berpuas hati di tangga kedua liga, skuad muda Mauricio Pochettino dilihat berupaya memberi cabaran pada musim depan dan Kane membuktikan beliau adalah harapan kelab itu pada masa akan datang.

Kane kini memburu anugerah Kasut Emas selepas empat jaringannya pada perlawanan itu menjadikan penyerang kebangsaan England itu mengumpul keseluruhan 26 gol musim ini.

Ia mengatasi penyerang Everton, Romelu Lukaku yang kini berada di tangga kedua terbanyak, dibezakan dua gol.

Pada perlawanan itu juga, pemain Korea Selatan, Son Heung-min turut membuktikan kehebatannya dengan sumbangan dua gol manakala gol tunggal Leicester dihasilkan Ben Chilwell.

Kemenangan itu adalah yang ke-11 dalam 12 perlawanan terakhir Spurs, sekali gus menjamin kedudukan kedua di belakang juara, Chelsea. - AFP


Trending

    Disyorkan