Rabu, 28 Jun 2017 - 4:58AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

RM7 kadar zakat fitrah Pahang

Oleh Asrol Awang



TIMBALAN Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan. - Foto Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Kadar zakat fitrah pada tahun ini kekal RM7 berdasarkan harga beras di Pahang yang ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan berkata kadar itu kekal untuk sembilan tahun berturut-turut sejak 2009.

"Bagi melancarkan urusan pembayaran zakat fitrah, seramai 896 amil ditauliahkan untuk melaksanakan kutipan zakat berkenaan di seluruh Pahang.

"Individu yang didapati mengutip zakat fitrah tanpa diberi kuasa oleh MUIP adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya di sini hari ini.

Abdul Wahid berkata, MUIP memperuntukkan sejumlah RM3.2 juta kepada masjid dan surau di negeri ini bagi mengimarahkan Ramadan dengan pelbagai aktiviti keagamaan.

"Untuk persediaan menyambut Aidilfitri pula, MUIP akan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf, fakis miskin dan mualaf dengan jumlah peruntukan RM6.14 juta," katanya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan