Selasa, 23 Mei 2017 - 10:34PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

VOLVO sasar pertumbuhan 10 peratus


Pengarah Product of Volvo Trucks, Ian Sinclair semasa persembahan produk pada trak Volvo FH Siri baru pada Pelancaran Volvo FH Siri di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

SERI KEMBANGAN: Volvo Malaysia Sdn Bhd menetapkan sasaran pertumbuhan keseluruhan sebanyak 10 peratus dari tahun ke tahun untuk 2017 dalam segmen kenderaan berat yang premium, disokong oleh lori perdananya, Volvo FH yang dilancarkan pada April.

Pengarah Urusannya, Mats Nilsson berkata, sebagai peneraju pasaran dengan 45 peratus penguasaan dalam segmen jenama Eropah, Volvo yakin siri FH, yang menampilkan standard baharu dalam pengangkutan jarak jauh, akan memenuhi citarasa pelanggan.

"Dengan tork yang lebih baik dan kuasa yang tidak dimiliki oleh model lain, kami percaya siri FH meningkatkan penguasaan pasaran secara keseluruhan sebanyak 20 peratus pada tahun lalu," katanya selepas muncul sebagai ahli panel di Forum Komuniti Ekonomi ASEAN mengenai peluang dan cabaran kepada syarikat pengangkutan dan industri di sini hari ini.

Nilsson berkata, ketika negara-negara ASEAN bergerak ke arah meliberalisasikan sempadan mereka, Malaysia harus menyediakan dirinya untuk pasaran terbuka supaya kekal kompetitif dalam industri.

"Sweden, yang memiliki hanya satu pertiga daripada penduduk di Malaysia, mempunyai syarikat yang dikenali di seluruh dunia seperti IKEA, H&M, Ericsson dan Volvo, kerana kami terdedah kepada persaingan dan berkembang menjadi lebih kukuh.

"Pasti wujud cabaran tetapi saya yakin kunci untuk menanganinya adalah melalui pendidikan dan melengkapkan rakyat dengan pengetahuan yang sesuai jika mahu maju ke hadapan," katanya.

Beliau menjelaskan keperluan mendidik orang ramai mengenai bilangan jam yang perlu dibenarkan untuk seseorang pemandu, penyelarasan dalam cukai kenderaan dan peraturan piawaian keselamatan.

Katanya, Malaysia yang sedang bergerak ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 sepatutnya tidak lagi memerlukan lori yang dibina atau dibaikpulih semula kerana ia tidak dapat menjamin kualiti.

"Lori yang terpakai dan dibaiki semula tidak digunakan di atas jalan negara-negara maju. Kerajaan perlu mengkaji semula perkara ini, tetapi sekali lagi, kami memahami bahawa ia mungkin mempunyai kesan ekonomi ke atas industri," katanya. -- BERNAMA


Trending

    Disyorkan