Sabtu, 24 Jun 2017 - 1:06AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Hulu Langat dilanda banjir kilat

Oleh Safeek Affendy Razali



SEORANG penunggang motosikal tidak menghiraukan arahan pihak Bomba dan cuba menyeberangi jalan utama menghubungkan Pekan Batu 14 dan Pekan Batu 16 yang ditenggelami akibat banjir kilat. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Beberapa lokasi di sekitar daerah Hulu Langat, Kajang, dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak jam 3 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata banjir kilat itu berlaku di sepanjang kawasan tepi Sungai Hulu Langat, membabitkan kediaman di Batu 13 sehingga ke Batu 19.

Menurutnya, kedalaman air pada masa ini dianggarkan sehingga ke paras lutut dan pihaknya sedang menilai situasi keadaan dan akan mengarahkan penduduk sekiranya perlu berpindah ke tempat selamat.

"Sehingga kini, kami masih belum dapat memberikan anggaran tepat jumlah keluarga yang terbabit.

"Namun, pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan semua penduduk lebih terjamin," katanya.

PENDUDUK mengalihkan barang yang ditenggelami air akibat banjir kilat di Pekan Batu 16, Hulu Langat. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan