Selasa, 27 Jun 2017 - 1:15AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Piala Konfederasi: VAR bantu Chile jinak Cameroon


ARTURO Vidal. - Foto EPA

MOSCOW: Tandukan lewat Arturo Vidal membantu Chile mencipta kemenangan 2-0 mengatasi Cameroon dalam saingan pembukaan Kumpulan B di sini, sebentar tadi ketika rakaman video bantuan pengadil (VAR) memainkan peranan penting.

Chile mendominasi saingan menarik tetapi tiada jaringan pada babak pertama ketika sepakan Eduardo Vargas dinafikan video bantuan pengadil.

Juara Copa America itu perlu menanti sehingga minit ke-81 untuk membuka jaringan yang terhasil menerusi tandukan pemain tengah Bayern Munich, Vidal.

Vargas yang terlepas peluang awal, menambah jaringan kedua pada masa tambahan juga menerusi bantuan rakaman video.

Kemenangan itu memberikan Chile permulaan yang sempurna dalam kempen sulung Piala Konfederasi mereka selepas layak apabila mempertahankan gelaran Copa America tahun lalu.

"Adalah sangat penting untuk bermula dengan langkah kanan dengan sasaran kami untuk bergelar juara," kata Vidal yang mendedikasikan kemenangan itu buat mangsa taufan di Chile yang mengorbankan beberapa nyawa.

"Kami lebih bagus berbanding Cameroon, lebih banyak menghantar bola dan tampak boleh menjaringkan lebih banyak gol... Walaupun ia sukar ketika pertama kali bermain Piala Konfederasi dalam sejarah kami." - AFP


Trending

    Disyorkan