Khamis, 29 Jun 2017 - 1:34AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

65.6 juta pelarian di seluruh dunia

GENEVA: Sejumlah 65.6 juta orang direkodkan meninggalkan kediaman masing-masing pada akhir 2016, akibat konflik buruk, keganasan dan penindasan di negara seperti Syria dan Selatan Sudan, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Angka terkini itu menunjukkan peningkatan hanya 300,000 berbanding akhir tahun 2015, tetapi enam juta lebih tinggi berbanding akhir 2014, menurut satu laporan yang diterbitkan agensi pelarian PBB (UNHCR).

Ini adalah 'angka tertinggi sejak kami mula merekod angka-angka ini," kata Ketua UNHCR, Filippo Grandi kepada pemberita sebelum pelancaran laporan itu.

"Ia adalah satu jumlah yang tidak boleh diterima, dan mesej kali ini adalah lebih jelas daripada biasa betapa perlunya kita kepada perpaduan dan tujuan yang sama untuk mencegah dan menyelesaikan krisis ini," katanya.

Angka yang dikeluarkan menjelang Hari Pelarian Sedunia ini menunjukkan bahawa tahun lalu saja sejumlah 10.3 juta orang meninggalkan rumah mereka, termasuk 3.4 juta yang melintasi sempadan antarabangsa untuk menjadi pelarian. - AFP


Trending

    Disyorkan