Selasa, 27 Jun 2017 - 1:31AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Sheila Mambo edar juadah sahur di HKL


Sheila Mambo memberi juadah sahur kepada kakitangan HKL

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima juadah sahur daripada sukarelawan Onemyr Awareness Management (Onemyr), pagi tadi.

Pek sahur nasi, sate dan air itu turut diedarkan kepada keluarga pesakit yang menunggu di HKL.

Aktiviti syarikat pengendali program pendidikan dan kesedaran itu turut disertai pelakon Sheila Mambo.

Pengarah Onemyr, Ridzman Azzahari, berkata program sahur itu bertujuan menghargai kakitangan HKL yang sentiasa memberi khidmat kesihatan terbaik tanpa mengira masa kepada orang ramai.

"Kebanyakan kakitangan hospital terutamanya di wad kecemasan begitu sibuk menerima pelbagai kes kecemasan, terutama menjelang musim perayaan ini.

"Pek sahur ini adalah untuk memudahkan mereka bersahur dan menjalani ibadat puasa sebaiknya," katanya.

Selain itu, beliau berkata, program itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada sukarelawan dan fasilitator Onemyr, mengenai erti kebajikan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Sukarelawan dan fasilitator Onemyr mengedarkan juadah sahur di HKL.

Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan