Jumaat, 30 Jun 2017 | 11:56pm

Ketua 'Program Balik Kampung' Sungai Golok mati ditembak


FAISAL Deramae ditembak mati oleh dua penyerang di rumahnya di Mukim Pasir Mas, Sungai Golok, hari ini. - Foto BERNAMA

NARATHIWAT: Dua penyerang menembak mati seorang lelaki di rumahnya di Mukim Pasir Mas, Sungai Golok hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Faisal Deramae, 56, difahamkan adalah Ketua Program 'Balik Kampung' di Sungai Golok yang terbabit aktif dalam usaha deradikalisasi Kerajaan Thailand.

"Dalam kejadian pada 1.15 tengah hari itu, mangsa ditembak empat kali di belakang badan dan leher oleh dua penyerang ketika beliau sedang menaip di dalam rumahnya, " kata Penolong Bahagian Siasatan Polis Daerah Sungai Golok, Kapten Chayuth Tulachotikul hari ini.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu serta motifnya.

Bagaimanapun pihak polis percaya kejadian terbabit ada kaitan dengan pembabitan mangsa dalam program 'Bawa Balik Kampung' individu yang pernah terbabit dengan kegiatan militan atau kes keselamatan negara.

BERNAMA

Berita Harian X