Isnin, 29 Mei 2017 - 11:58AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Piala Sultan Selangor lebih meriah


KETUA Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah (kiri) menyampaikan replika penajaan media rasmi Berita Harian kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Piala Sultan Selangor 2014 di Hotel Concorde . - Foto EFFENDY RASHID

KUALA LUMPUR: Penganjur Piala Sultan Selangor menjanjikan rentak kejayaan berterusan dalam saingan edisi ke-13 pada tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 27 September.

Pengerusi penganjur, Datuk Abd Karim Munisar, berkata acara tahunan yang sejak tahun 2001 itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat setia bola sepak di negara ini dan Singapura.

"Sama dengan edisi terdahulu, penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penyokong Selangor dan Singapura. Kami mahu mengembalikan nostalgia persaingan kedua-dua pasukan sebelum ini.

"Kami akan terus bekerja dengan penuh komitmen bagi memastikan edisi kali ini berjalan lancar," katanya pada majlis minum petang dan memperkenalkan penaja pertandingan itu, di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali.

Stesen televisyen TV3 dan akhbar BH dipilih selaku penyiar serta akhbar rasmi bagi pertandingan Piala Sultan Selangor kali ini.

Sementara itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, teruja untuk mengetuai pasukan bagi menghadapi perlawanan itu dan berazam mengekalkan trofi berkenaan buat Selangor selepas skuad The Red Giant menang 3-2 pada edisi tahun lalu.


Trending

    Disyorkan