Sabtu, 24 Jun 2017 - 10:05PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Ambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca panas - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada penyakit berkaitan kepanasan ketika cuaca panas yang bakal melanda negara nanti.

"Musim panas berpanjangan dijangka akan melanda negara tidak lama lagi, dan saya harap anda semua akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan," katanya dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter.

Beberapa kawasan dalam negara kini mengalami cuaca panas dan kering yang merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan keadaan itu diramal berlaku sehingga penghujung Mac.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail, keadaan cuaca sekarang belum mencapai tahap 'gelombang panas' dan masih dikategorikan sebagai normal.

Suhu di Malaysia ketika ini adalah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius. - BERNAMA


Trending

    Disyorkan