Ahad, 23 April 2017 - 1:33PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Gunakan telefon bimbit untuk tingkat pengetahuan am - Neelofa

Oleh Farhana Ab Rahman



PELAKON, Neelofa pada tayang perdana Pilot Cafe di Pavillion, Kuala Lumpur. - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR : Bekas pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa menyatakan yang kegunaan telefon pintar bukan semata-mata untuk aktiviti mengambil gambar sendiri atau 'selfie', malah ia wajar digunakan sebagai sumber maklumat di hujung jari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu video viral mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang melibatkan peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid.

Tambah pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia berpendapat bahawa banyak pihak tidak menyedari sifat obses pada diri sendiri itu adalah satu kelemahan.

"Kini kita lebih terdedah dengan pelbagai informasi dihujung jari dengan bantuan media sosial. Telefon bukan sekadar untuk 'selfie' sahaja.

"Pasti ramai tidak menyedari hakikat bahawa sifat terlalu fokus kepada diri sendiri sebenarnya adalah satu kelemahan. Ianya merupakan satu penyakit.

"Bagi saya, pengetahuan am itu adalah tanggungjawab diri sendiri dan ianya tidak ditujukan kepada artis semata-mata. Terpulang kepada diri sendiri untuk mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling kita," tegas Neelofa kepada BH Online.

Selebriti wanita itu turut berkongsi yang beliau terlibat dengan pemilihan Dewi Remaja pada peringkat awal dan menasihatkan kepada semua peserta untuk menjadi diri sendiri serta memperbaiki diri untuk masa akan datang.

Sementara itu, Neelofa bakal tampil dengan koleksi tudung sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Beliau juga teruja berkongsi berita mengenai kolaborasinya bersama Zalora


Trending

    Disyorkan