Sabtu, 24 Jun 2017 - 9:58PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Jurassic World catat sejarah baharu pecah panggung


ANTARA sedutan babak dalam filem Jurassic World. - Foto AP

LOS ANGELES: Filem aksi "Jurassic World" mencatat rekod baharu dunia, sebagai filem yang mencatat kutipan tertinggi dalam seminggu.

Filem itu yang dibintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, hingga kini sudah meraih AS$511 juta pendapatan global serta meraih kedudukan sebagai tayangan hujung minggu terbaik dalam sejarah, yang mana daripada jumlah itu, sejumlah AS$100 juta dari China.

"Jurassic World" meraih AS$208.8 juta dalam hujung minggu pertama, sekali gus menjadikan siri keempat 'Jurassic Park' itu mengatasi rekod 'Avengers' pada 2012, mengikut data yang dikeluarkan Exhibitor Relations, hari ini.

Jualan tiket "Jurassic World" dengan itu jauh meninggalkan rekod global sebelum ini "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2," pada 2011 yang meraih AS$483 juta.

Steven Spielberg, kembali sebagai penerbit bersama "Jurassic World," selepas menjadi pengarah dua siri awal.

Dalam pada itu, rekod kedua kutipan tiket hujung minggu lalu adalah AS$15.6 juta daripada filem "Spy" manakala tempat ketiga "San Andreas," pada AS$10.8 juta. - AFP


Trending

    Disyorkan