Isnin, 26 Jun 2017 - 4:56PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

M Nasir akhiri konsert jelajah di Stadium Malawati

Oleh Farhana Ab Rahman



M Nasir bakal mengakhiri konsert jelajah di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 November ini. - Foto Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Datuk M Nasir bakal mengakhiri konsert jelajah di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 November ini.

Bandaraya Anggerik itu adalah lokasi terakhir program berkenaan selepas dia selesai menghiburkan peminatnya di Kuantan, Pasir Gudang dan Pulau Pinang.

Konsert Jelajah M Nasir sememangnya dinantikan oleh peminat muzik tempatan kerana beliau bukan saja menyanyi dan mencipta lagu malah turut mempunyai kelebihan dalam menghiburkan peminat dengan auranya tersendiri.

Persembahannya yang bakal menyanyikan lagu-lagu hit di zaman kegemilangan Kumpulan Kembara, akan diiringi pemuzik dan penyanyi latar profesional.

Konsert selama dua jam itu adalah pelengkap siri jelajah Konsert M Nasir...Kembara yang dibawakan oleh Celcom dengan kerjasama Perodua dan syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

Celcom menawarkan diskaun sebanyak 30% kepada pelanggan yang akan dimaklumkan menerusi pesanan ringkas selain tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, Celcom turut menawarkan 'Nada Dering Pemanggil CMT' dari lagu-lagu Luncai Emas dengan melayari www.thecube.my atau m.thecube.my dari telefon mudah alih, atau dengan mendail *888# dari telefon mudah alih dan pilih lagu.


Trending

    Disyorkan