
Dari kiri Maya Karin, Nanu, Vanida Imran, S Amin dan Junaidah Johari.
|
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera! Akhirnya kita lagi selepas seminggu berpisah. Rindu rasanya nak berkongsi cerita dengan pembaca B*Pop. Tak sabar nak mengarang, saya ligat mencatat memori di atas kertas sewaktu penerbangan pulang dari kota London ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Oh ya, sebelum coretan ini bermula, saya ingin ucapkan tahniah kepada semua pemenang yang membawa pulang trofi pada malam anugerah, Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam semalam! Namun, sayang saya tidak dapat menghadirinya kerana masih berada di Itali kerana urusan peribadi...
Saya bersama rakan artis dari Malaysia seperti Vanidah Imran, Saiful Apek, Farid Kamil, Riezman Khuzaimi dan Ahmad Idham dijemput oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) untuk turut serta mempromosikan Malaysia di London dari 28 Julai hingga 3 Ogos lalu. Masa yang terhad berada di sana digunakan untuk mempromosi budaya dan makanan, selain filem Malaysia.
Filem 1957: Hati Malaya dan Duyung ditayangkan di London! To my surprise, ramai penduduk tempatan datang menontonnya, di samping warga Melayu yang lama menetap di sana. Dua filem itu ditayangkan di pawagam Odeon dan Covent Garden. Berada di dalam panggung Odeon menjadikan perasaan saya jadi tidak menentu, terasa seram sejuk!
Rupa-rupanya baru saya sedar, sembilan tahun lalu saya pernah menonton filem Run Lola Run di sini! It is the exact same cinema! Dejavu…Patut la saya terasa lain macam saja. Terasa pelik pula… dulu saya menonton filem lakonan orang lain, kini saya menonton diri sendiri dalam filem!
Perjalanan ke London kali ini banyak mengingatkan saya kepada kenangan sekitar 1999. Saya pernah menetap di London selama enam minggu selepas tamat belajar kolej. Selama di London, saya bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di sana. Ketika itu, saya hanya berusia 19 tahun dan saya masih samar-samar dengan apa yang saya mahukan dalam hidup. I was so clueless at that time! Namun, pengalaman itu banyak membentuk saya seperti apa yang anda lihat hari ini. I loved every moment of it!
Hampir 10 tahun berlalu, I am so much different now. Since then, banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Saya lebih jelas dengan apa yang saya inginkan. Saya tahu dan sedar apa yang saya mahu dalam hidup. Akhirnya, ketika di London juga, saya berkesempatan bertemu adik perempuan saya, Irina Melati, 25, itupun selepas lebih tiga tahun tidak berjumpa!
To embrace english tradition, perjumpaan kami disertai majlis minum teh. Jangan terkejut, it is an all day long tea affair! Kedatangan saya ke London juga dapat mengubat rindu Irina pada masakan Malaysia. Beg pakaian saya penuh dengan serunding dan perencah segera! Macam orang nak berniaga makanan Malaysia! Tapi, saya tidak pedulikan semua itu.
Pun begitu, peluang tujuh hari di London diberikan oleh Finas dan KPKKW menguatkan pegangan saya bahawa you never know where life takes you. Terima kasih Finas dan KPKKW kerana ini adalah kali pertama artis Malaysia ke London untuk mempromosikan filem mereka di sana!
Baiklah setakat ini saja untuk minggu ini, mudah-mudahan kita bertemu lagi, bye!