Alam Maya: Akhirnya saya bergelar isteri...

Maya Karin bersama suami Muhammad Ali.
|
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca B*Pop? Minggu ini saya masih berkongsi pengalaman berada di luar negara. Dua minggu lepas saya menulis ketika dalam penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur. Kali ini saya menulis dari Venice, Itali. Alhamdulillah, majlis pernikahan saya dengan Muhammad Ali, berjalan lancar, semuanya selamat...
Saya menetap di kawasan paling sibuk di Venice, sambil minum teh dan menikmati suasana matahari terbenam, sungguh romantik! Di kawasan berhampiran, terdapat banyak bot kecil melalui Sungai Venice dan beribu-beribu pelancong yang sedang berjalan sambil menghirup udara petang. Umpama set penggambaran dalam sebuah filem!
Di sini juga terdapat ramai penjaja jalanan yang menjual beg tangan tiruan. Tersenyum saya apabila mereka menyapa untuk membeli barang jualan mereka. Tiba-tiba saya terasa rindu dengan Petaling Street di Kuala Lumpur.
Minggu pertama di Itali, saya habiskan masa di Bellagio. Bellagio adalah pekan yang paling cantik di Eropah. It is just stunning and breaths taking. Pemandangan tasik yang dikelilingi gunung-ganang dan rumah-rumah kecil serta villa yang warnanya seakan-akan sama.
Saya pasti pengarah filem Hindustan menyukai pemandangan seumpama ini. Banyak shot menarik dapat dirakamkan bagi adegan tari menari dalam filem. Saya juga berharap, satu hari nanti anda akan berpeluang untuk datang melancong ke sini, insya-Allah...
Pun begitu, paling menggembirakan saya apabila lebih 60 rakan dan kaum keluarga dari enam negara datang berkumpul meraikan hari bahagia saya di Itali. Akhirnya saya bergelar seorang isteri pada 14 Ogos lalu. That to me, is much greater than all the riches in the world.
Tiga hari terakhir di Itali saya habiskan masa di Venice - kota yang ingin dilawati oleh setiap orang. The past two days, I have spent my time by walking and do more walking! Saya terpaksa melalui lorong-lorong kecil dan laluan sempit. Jalan-jalan di Venice sangat mengelirukan. It’s a maze! Banyak kali saya sesat!
Lazimnya orang mengatakan broken English, tapi kali ini saya dalam broken Italian terpaksa bertanya masyarakat setempat cara hendak balik ke hotel. Nasib baik saya sampai juga ke hotel dengan selamat! Phew! Faham juga mereka dengan apa yang saya tanyakan dalam bahasa Itali.
Bagi saya, Venice sangat luar biasa. Nak tahu kenapa? Di sini tidak ada sebuah kereta ataupun motosikal! Cuba bayangkan, bagaimana ya? Kita hanya boleh menaiki bot ataupun berjalan kaki untuk ke satu-satu destinasi. Tak hairanlah apabila warga emas di Venice masih lagi tegap dan sihat tubuh badan. Banyak berjalanlah, itulah rahsia kesihatan mereka…
Malangnya, biarpun tidak ada pencemaran udara, saya sedih melihat pencemaran di Sungai Venice. Bukan saja kotor malah ia juga berbau! Semuanya disebabkan pelancong dan aktiviti pelancongan tidak terkawal. Saya mula merindui Malaysia. Yes! I am a keen to be back and working!
Namun, saya gembira dan bertuah berada di Itali, namun Malaysia tetap di hati. Seperti kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. There is nothing like home. Malaysia, I am coming back!
Pada kesempatan ini juga saya ingin melahirkan rasa syukur dan bertuah apabila dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), baru-baru ini. Akhirnya, Alhamdulillah! Terima kasih kepada juri yang menilai hasil kerja saya dalam Anak Halal.
Kepada team Anak Halal, Tayangan Unggul, pengarahnya, Osman Ali, teman artis dan krew, tiada ucapan paling indah buat kalian semua, terima kasih! Apa yang saya peroleh hari ini adalah hasil team work dan kerja keras kita bersama memberikan yang terbaik untuk Anak Halal. Kini, semuanya berbaloi.
Selepas Aidilfitri ini, saya akan kembali sibuk di lokasi penggambaran filem terbaru. Sekalipun ada tanggungjawab baru, kerja bertambah, namun aktiviti seni perlu diteruskan. Baiklah, setakat ini saja coretan saya untuk minggu ini, mudah-mudahan kita berjumpa lagi, bye!