ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar pembaca B*Pop dan Selamat Berpuasa kepada semua! Saya harap semua pembaca sihat dan bahagia hendaknya. Akhirnya! Segala penat lelah menguruskan majlis perkahwinan saya sudah selesai! What are relief! Biarpun ia amat menyeronokkan kerana dapat berjumpa dan beramah mesra dengan keluarga serta teman rapat, tetapi ia sangat memenatkan, tambahan pula majlis diadakan di dua negara - Itali dan Malaysia.
Mungkin juga kerana saya ini kadang-kadang seorang yang control freak. Semua benda saya nak jaga! Sampai kawan saya pun dah naik rimas, sorry ya guys. Untuk pengetahuan semua, saya membuat sedikit kelainan di majlis perkahwinan saya. Misteri? Taklah, instead of giving my guests bunga telur or sweets i changed it to light bulbs. Hang on i mean energy saving light bulb!
Ini adalah untuk melengkapkan tema majlis saya iaitu 'green wedding' atau majlis yang lebih mesra alam. Terima kasih Osram atas kerjasama yang diberikan. Saya begitu gembira dengan komen positif diberikan semua tetamu. Terima kasih daun keladi kepada semua jemputan yang hadir dan sekali lagi maaf bahawa saya tak berpeluang menjemput semua orang yang saya kenal.
Saya sememangnya tidak berupaya untuk mengendalikan majlis lebih 800 orang. Kini, saya tahu kerumitan mengendalikan majlis perkahwinan tak kira besar atau kecil! It is hard work! Phew! But I made it!
Kini, saya sudah berpeluang berehat selama seminggu. Well, a small break. Saya mengambil kesempatan itu dengan melunaskan pembayaran akhir yang berkaitan dengan majlis perkahwinan saya di samping lepak-lepak dan sempat menyudahkan pembacaan novel. Sempat juga saya menghabiskan kek kahwin saya! Maklumlah pada waktu resepsi malam itu, saya tak berpeluang menikmati kek kahwin saya!
Hari ini, saya sudah mula bekerja. Saya akan terbang ke Bangkok selama seminggu bersama Carole, ejen saya. Saya ke sana atas urusan kerja. Saya terbabit untuk penggambaran iklan TV komersial, L’oreal Paris. Sebelum ini, anda melihat saya dalam iklan L’oreal Paris yang berkaitan penjagaan kulit, namun kali ini saya akan shooting berkaitan rambut.
Saya suka buat iklan TV, entahlah... memang seronok, sudah 14 iklan yang saya jayakan. Saya mula terbabit dengan penggambaran iklan sejak usia 14 tahun bermula di Indonesia. Ketika itu saya akan bangun seawal jam 4 pagi. Mak akan hantar saya ke stesen kereta api di Bandung dan saya buat school work dalam perjalanan yang memakan masa 3 jam itu.
Sampai saja di Jakarta, ejen saya akan jemput saya dan bawa terus ke studio. Malam itu atau esok harinya ejen akan memastikan saya berada dalam perjalanan balik ke Bandung dan saya akan habiskan kerja sekolah masa nak balik tu. Banyak juga memori saya, termasuk sekali saya terpaksa duduk di tangga tren dengan pintu terbuka sepanjang 3 jam ketika hujan! Walaupun agak bahaya but what an adventure!
Shooting iklan sedikit sebanyak hampir sama dengan shooting filem. Kerjasama yang baik antara semua talent dan crew adalah sangat penting untuk menghasilkan produk yang baik dan bermutu, real teamwork. Shooting pula lazimnya mengambil masa 12 hingga 13 jam sehari dan kadang kala sehingga 16 hingga 18 jam sehari!
Penggambaran iklan dan filem, kedua-duanya memaparkan cerita, cuma filem mengambil masa yang lebih lama untuk penggambaran iaitu sekurang-kurangnya sebulan, manakala iklan pula hanya perlukan masa penggambaran beberapa jam sehari. Saya berasa sangat bertuah kerana ada antara iklan saya yang sudah dipromosikan sehingga seluruh Asia, Mexico, Turki, Latvia dan Lithuania. Jauh juga saya dah pergi dengan iklan, ya?. Insya-Allah, suatu hari nanti ada peluang membawa filem kita ke seluruh dunia!
Baiklah itu saja untuk minggu ini, nanti jumpalah saya di kaca TV dalam beberapa bulan lagi. Kita sembang dua minggu lagi, saya akan bercerita mengenai latihan saya untuk filem terbaru, Pisau Cukur!
Selamat berbuka puasa!