Alam Maya: Terkenang sambut raya ketika kecil

ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar pembaca B*Pop? Saya berdoa anda semua sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga. Sedar tak sedar kita sudah 21 hari berpuasa dan tak lama lagi akan menyambut 1 Syawal. Tiga perkara paling saya suka ketika Ramadan di Malaysia ialah dapat berbuka puasa di restoran bersama keluarga dan rakan-rakan.

Keduanya, setiap petang saya tak sabar nak membeli belah juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. Macam-macam boleh dibeli. As Astro have said it, 'Macam-macam ada!' Daripada makanan Melayu hingga makanan India, Cina, Arab pun ada! Rambang mata saya! Akhir sekali the yellow Sungai Penchala mosque which looks so sweet and welcoming apabila sekeliling masjid itu dihiasi lampu ketupat gergasi, terasa kehangatan Ramadan!

Saya bertuah kerana pernah merasai pengalaman berpuasa di negara orang. Banyak juga kenangan manis bulan Ramadan ketika saya tinggal di Indonesia. Ketika itu saya berada di sekolah Jerman (Padang, Indonesia) diikuti sekolah antarabangsa di Bandung, Indonesia. Hanya ada kira-kira lima atau enam pelajar saja yang melakukan ibadat puasa.

Segelintir orang mungkin berasa sedih tetapi saya sebaliknya. Saya berasa 'cool' kerana menjadi golongan minoriti yang menahan diri daripada rasa lapar dan dahaga. Dua kali seminggu saya juga harus berpuasa pada hari sukan, saya berasa bagai 'super hero'! Maklumlah biarpun berpuasa, saya masih juga menyertai pelbagai acara sukan! I was so proud of myself. Lagi kita dahaga, lagi puas apabila berbuka puasa.

Ada juga kawan-kawan sekolah yang suka mengacau saya. Biasalah budak-budak. Walaupun simpati, because for them it seemed like torture, mereka tetap sempat menunjuk-nunjuk aksi makan donat atau minum air di depan saya! Kononnya, saya tak akan tahan dan akan terus rampas donat itu daripada tangan mereka, tapi tidak, saya akan teruskan ‘perjuangan’ saya. Jadi, saya berterima kasih kepada mereka kerana menjadikan saya lebih kuat dan tabah.

Ketika saya tinggal di Padang juga, majlis perbandaran akan menghiaskan bandar berkenaan setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal. Seingat saya, jalan raya akan dihias dengan lampu warna-warni. Keadaan akan jadi terang benderang dan meriah.

Mereka juga akan membina replika manusia lelaki sebesar rumah memakai songkok sedang bermain gendang.

Binaan itu akan diletakkan di tengah-tengah bandar Padang. Ini adalah cara mereka meraikan kedatangan Syawal dan memeriahkan lagi suasana menjelang hari raya. Ada sekali ketika saya berumur lapan tahun, saya bersama ayah dan ibu menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kelihatan seperti seluruh penduduk Padang datang sembahyang beramai-ramai di pagi raya. Setiap tahun jalan raya ditutup untuk memberi ruang orang ramai bersembahyang di jalan besar, as a close communtity.

Pengalaman yang paling lucu buat saya apabila baju kurung pertama saya, yang ibu jahit sendiri, with all her love, saya pakai tak sampai dua jam dah koyak! Lebih memburukkan keadaan, saya sekeluarga perlu menziarahi rumah Gabenor. Bayangkan! Saya berhari raya di rumah Gabenor dengan baju yang koyak! Sewaktu kecil, saya seorang tomboy! Saya ni lasak orangnya biarpun berambut panjang. Nasib baik mak saya gelak saja!

Saya juga berpeluang menyambut Ramadan di Jerman. Pernah sekali saya sekeluarga hanya berpuasa lima hingga enam jam saja. Maklumlah di musim sejuk, matahari hanya muncul kira-kira dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Ia adalah pengalaman berpuasa paling mudah, jangan marah! Ketika di sana, kami sekeluarga jarang berbuka dengan nasi. Kami lebih suka makan kentang atau roti, ala- ala masyarakat Eropah!

Tahun ini saya agak sedih kerana suasana Ramadan kurang dirasai. Ini mungkin kerana keadaan politik semasa dan keadaan ekonomi negara. Tak ada pun special decorations or suasana Ramadan. Sehingga saat ini, saya masih belum menyaksikan mana-mana iklan hari raya yang akan menekankan semangat Syawal dan nilai kekeluargaan. Iklan raya adalah antara kesukaan saya ketika menunggu kedatangan lebaran. Its one of those special Malaysian things.

Baiklah, ada beberapa jam saja lagi kita akan berbuka puasa, tapi sebelum itu selamat berpuasa dan jumpa lagi selepas sambutan lebaran. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca B*Pop yang beragama Islam. Segala salah dan silap saya ketika menulis di ruangan ini, harap diampunkan, maaf zahir dan batin! Sehingga bertemu lagi, bye!