Gosip cinta Ramlah Ram, Azmeer


Azmeer selepas terbabit kemalangan.

PERCINTAAN penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram dan komposer terkenal, Azmeer pada awal 1990-an memang jarang dipaparkan media ketika itu, lebih-lebih lagi kedua-duanya bijak merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun, kisah percintaan pasangan itu terbongkar apabila mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bangsar, Kuala Lumpur pada 14 Jun 1990 yang turut mendapat liputan meluas pihak media.

Akibat kemalangan itu, Azmeer mengalami kecederaan serius di bahagian mata kanannya.

Bagaimanapun, gosip cinta mereka berakhir begitu saja selepas masing-masing mendirikan rumah tangga.

Ramlah Ram


Artikel lain: