ZUBIR sebenarnya tak berapa kenal selebriti ini secara peribadi, namun namanya memang gah di persada seni, populariti pun boleh tahan, hebat. Tapi, selepas Zubir teropong, selebriti terkenal ini suka benar berkawan baik dengan suami orang.
Bagi Zubir, kalau sekadar teman baik tidak menjadi masalah, tapi kalau si isteri 'gila meroyan' gara-gara sikap selebriti terkenal yang 'over' dengan suaminya tanpa batasan, siapa tak panas hati?
'Modus operandi' selebriti berkenaan begini, mulanya dia akan menjalin hubungan kerja dengan suami orang itu, jadi di tempat kerja, mereka perlu menampilkan komitmen tinggi supaya output kerja, mengagumkan.
Lama kelamaan selebriti terkenal dan suami orang itu menjadi pasangan 'teman tapi mesra'.
Zubir dengar cerita, habis waktu kerja, selebriti terkenal itu selamba saja mengirimkan SMS kepada rakan sekerjanya tadi (suami orang), ajak melepak di pusat hiburan atau sekadar pergi supper.
Bukan setakat kiriman SMS, khabarnya sele briti terkenal itu siap mengirimkan MMS dan klip video dirinya kepada suami orang itu, mana si isteri tak melenting!
"Ada kalanya, si isteri akan mengikut suaminya keluar makan atau berhibur di pusat hiburan bersama selebriti terkenal itu. Kau tahu tak Zubir, selebriti ini nampak saja suami orang itu, dia terus peluk, cium suami orang tu macam suami dia sendiri! 'Modus operandi' tetap sama, selebriti terkenal akan berpura-pura baik dengan si isteri supaya tak timbul syak wasangka.
"Si suami apabila di tanya bagaimana hubungan dengan selebriti terkenal, dia akan menjawab, 'kita kawan'. Kalau setakat kawan, macam mana si isteri boleh mengadu sikap selebriti terkenal itu dengan teman-teman baiknya. Aku dengar cerita, si isteri sekarang ni berada dalam tekanan jiwa," kata sumber.
Entahlah... Memang susah Zubir nak percaya dengan cerita yang sampai ke telinga kerana selebriti terkenal ini memang dikenali de ngan sikap terpuji. Tapi, kalau dah banyak sangat cerita negatif perihal selebriti terkenal yang gemar 'berteman tapi mesra' dengan suami orang, kadang-kadang bergoyang juga iman Zubir untuk mempercayainya.