Suki OIAM, pengurus sama-sama berlagak 'poyo'

ZUBIR ingatkan artis atau selebriti popular, terkenal saja yang perasan diri sudah hebat, bagus lalu bersikap angkuh atau bahasa pasarnya, ‘poyo’ dengan peminat dan media, rupa-rupanya ada artis yang baru nak belajar bertatih dalam industri seni, dah layak Zubir berikan istilah ‘poyo’ kepadanya.

Artis baru yang Zubir maksudkan ialah pemilik nama Low Sook Yee atau lebih popular dengan panggilan Suki. Lebih tepat lagi dia adalah juara pertandingan TV realiti, One In A Million (OIAM) musim pertama!

Pada 16 Julai lalu, Suki bertandang ke pejabat Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) di Balai Berita untuk menjayakan sesi fotografi, sekali gus mempromosikan album sulungnya, Finally I Akhirnya yang baru saja berada di pasaran selepas mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan.

Seperti biasa, sebaik selesai fotografi, artis akan mundar mandir di meja wartawan untuk ditemubual atau sekadar mengucapkan terima kasih. Tidak terkecuali dengan Suki apabila dia yang ditemani pengurusnya bertemu beberapa rakan wartawan di meja hiburan Hip.

Pada masa sama, Zubir sedang menaip di meja. Ketika itu kira-kira jam 7 petang, Suki bersama pengurusnya hanya buat ‘lintas hormat’ ketika dia melalui meja wartawan B*Pop, seolah-olah kami semua ni halimunan! Sepatutnya sebagai artis baru, dia memperkenalkan dirinya kepada wartawan kerana Zubir sendiri belum pernah bertentang mata dengannya.

Jangan ingat diri anda juara OIAM, semua orang kenal anda dan wartawan terhegeh-hegeh nak memperkenalkan diri. Artis hebat seperti Datin Seri Siti Nurhaliza; Raja SMS, Mawi mahupun penyanyi bertaraf superstar seperti Anita Sarawak, satu kilometer nampak wartawan dan peminat, mereka sudah melambaikan tangan dan melemparkan senyuman. Jadi, siapa Suki dan pengurusnya itu?

Bagi Zubir satu saja, Suki dan pengurusnya hanya bertemu wartawan yang mereka kenal saja, tapi wartawan lain yang dianggap tidak ada kena mengena dengan kerja mereka, mereka boleh buat tak reti, hello, you got wrong number! Sepatutnya, tak kira siapa, apabila sudah melangkah ke pejabat media, kalau tak sempat bertanya khabar dengan setiap wartawan, senyum pun sudah memadai.

Nasihat Zubir kepada Suki dan pengurusnya, belajar sikit PR. Kalau diri ada PR yang hebat, maksud Zubir bukan PR yang plastik, mudah-mudahan perjalanan seni anda akan mudah bergerak. Pun begitu, sekiranya Suki dan pengurusnya berkecil hati dengan teguran Zubir, i’m sorry.


Artikel lain: