Memey Suhaiza, Farid Kamil sorok cinta


Memey dan Farid Kamil.

SEJAK kebelakangan ini, media banyak melaporkan mengenai keintiman aktres baru, Memey Suhaiza dengan pelakon kacak, Farid Kamil. Media juga pernah melaporkan Memey pernah membawa Farid pulang ke kampungnya bagi menghadiri majlis perkahwinan. Pun begitu, setiap kali persoalan cinta diajukan kepada Memey, dia sering memberitahu, antara dia dan Farid, hanya kawan biasa, bagi Zubir jawapan basi dan meloyakan!

Baru-baru ini, teropong Zubir terserempak sumber yang mengenali Memey secara rapat. Ini jawapan yang Zubir peroleh: “Biasalah Zubir, kalau kau tanya Memey ke, Farid, mana dia orang tu nak mengaku, paling kuat dia orang akan cakap, mereka kawan biasa, tak lebih daripada itu. Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin. Untuk pengetahuan kau Zubir, Memey pernah cakap dengan aku, memang dia suka pada Farid, tapi dia nak ambil masa mengenali diri Farid sebelum benar-benar melafazkan kata cinta, maknanya cinta pada Farid coming soon!

“Pada aku, kalau suatu hari ditakdirkan dia orang berdua tu benar-benar jatuh cinta, bukan satu dosa, Memey solo, Farid pun selepas putus cinta dengan Irma Hasmie, masih tidak ada pengganti. Dua-dua bujang, jalan!,” kata sumber kepada Zubir, baru-baru ini.

Bagi Zubir, kemunculan Memey dalam industri ini juga penuh liku. Memey yang kini muncul dengan drama bersiri Lara Rindu Mahsuri di TV3 pernah digosipkan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan artis popular, nasib baik tidak sampai ke peringkat cerai berai!

Bagi Zubir, sekiranya benar Memey menyukai Farid, berterus-terang sajalah, tak perlu nak cover line. Lagipun, Memey kalau berkasih atau bercinta, bukannya dengan tunangan atau suami orang, tapi dengan Farid yang sah-sah masih belum berteman! Sekiranya Memey terus memberikan jawapan selamat, dia dan Farid hanya kawan biasa, ini boleh membuatkan peminat bosan dengan kenyataan artis yang sangat klise!

Begitu juga Farid, sekiranya benar, dia dan Memey kini sedang menyemai benih cinta, cakap sajalah, jangan berselindung. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai. Maknya apabila sudah berani bercinta, pasangan itu harus berani juga berdepan dengan perpisahan. Kalau bercinta dan suatu hari kasih berubah, apa yang nak dimalukan, ini adalah satu kelaziman atau adat orang berkasih sayang.


Artikel lain: