
Pelakon dan model jelita ini khabarnya makan malam bersama anak VIP.
|
SUDAH lama Zubir tidak mendengar perkhabaran mengenai pelakon dan model cantik, Maria Farida. Rasanya kali terakhir dia muncul di pentas hiburan menerusi drama soap opera, Astana Idaman musim ketiga (AI3) sekitar 2006. Tahun lalu Zubir bertemu Maria pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, dia datang bersama teman baiknya, Linda Jasmine.
Lama juga Maria menghilangkan diri, tup-tup baru-baru ini Zubir menerima kiriman SMS daripada seorang sumber memberitahu, dia berjaya teropong Maria sedang menikmati makan tengah malam (supper) dalam suasana romantik bersama seorang pemuda kacak di sebuah restoran eksklusif di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur!
Ketika menerima kiriman SMS itu, sumber Zubir sedang menyaksikan secara ‘live’ kelibat Maria sedang supper dengan pemuda berkenaan, seorang anak VIP yang sudah pun bercerai dengan isterinya, seorang pelakon dan model iklan popular, sedikit masa lalu. Ketika melihat maklumat pada SMS berkenaan, ia bertarikh 4 Ogos 2008, jam 12.46 tengah malam!
“Mat Teropong, aku nampak Maria (Farida) dengan X (bekas suami pelakon dan model popular) di restoran Y (restoran eksklusif di Bangsar). Intim, aku baru nampak. Mereka masih di sana!,” begitulah kiriman SMS sumber berkenaan kepada Zubir.
Jika benar bagai ditulis menerusi SMS berkenaan, rupa-rupanya dalam diam Maria bermain cinta ya... Kalau benar mereka keluar supper sebagai pasangan kekasih atau sekadar teman rapat, bukannya satu kesalahan kerana Maria berstatus ibu tunggal, manakala X seorang duda, popular lagi! Khabarnya X anak VIP, kacak dan berpengaruh, tapi sayang, rumah tangganya dengan selebriti jelita, tidak kekal lama.
Zubir sendiri dah lama kenal Maria, cuma lama tak keep in touch. Sebagai kawan, Zubir sentiasa mendoakan kebahagiaan Maria, mudah-mudahan dia bertemu cinta baru. Kalaulah benar dia sekarang intim dengan anak VIP berkenaan, alhamdulillah. Sepadan tu, sama kacak dan cantik!
ZUBIR: Sering juga makan malam dengan teman artis, tapi tak pernah kena gosip!