Bintang AF3 gugur anak luar nikah
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

INSYA-ALLAH, dijangka seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan bermula esok. Zubir dan warga kerja B*Pop turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa kepada semua pembaca B*Pop yang beragama Islam. Mudah-mudahan amalan kita di bulan penuh keinsafan ini mendapat lebih keberkatan daripadaNya.

Pun begitu, sekembalinya Zubir dari Jakarta, Indonesia selepas menjayakan kunjungan budaya dan lawatan muhibbah anjuran Unit Hiburan Berita Harian dan Berita Minggu, Rabu lalu, Zubir sempat melepak di Sri Hartamas, Damansara untuk ‘pekena’ teh tarik bersama beberapa kenalan yang bertugas di sebalik tabir penerbitan rancangan hiburan TV realiti.

Borak punya borak, maka terpacul daripada mulut seorang daripada mereka, cerita panas mengenai bintang Akademi Fantasia 3 (AF3). Teropong mereka memberitahu Zubir, konon ceritanya bintang AF3 yang belum berkahwin ini, mengandung anak luar nikah hasil perhubungan sulit dengan teman lelakinya.

“Jika beberapa minggu lalu kau pernah tulis bintang AF5 tinggal sebumbung, kali ini aku ada cerita lagi meletup, bintang AF3 mengandung dan pernah menggugurkan kandungannya yang berusia kira-kira dua bulan!,” cerita kenalan tadi bersungguh-sungguh.

Katanya, lagi, pasangan berkenaan tinggal serumah, selain mereka, seorang lagi yang menetap bersama, ‘jin nafsu’! Minyak bertemu api, malam yang dingin, panas membara. Hawa nafsu tiada kawalan, disebabkan janji setia sehidup semati, bintang AF3 itu rela menyerahkan kehormatan diri kepada teman lelakinya atas nama cinta!

“Apabila bintang AF3 itu sering muntah-muntah dan tekak sentiasa loya, teman lelakinya mulai panik. Selepas melakukan ujian kehamilan dilakukan sendiri di rumah, sah bintang AF3 itu hamil dua bulan! Disebabkan malu dan karier seni bintang AF3 itu baru nak berkembang, kedua-duanya mengambil keputusan gugurkan saja kandungan itu di sebuah klinik swasta,” jelas teman Zubir itu tadi.

Jika apa diceritakan teman itu adalah benar, maka satu lagi kemungkaran daripada bintang AF berlaku. Zubir harap, insiden seperti ini tidak berlaku lagi. Sempena Ramadan ini sama-samalah kita bermuhasabah diri, belajar mengawal nafsu serakah!

ZUBIR: Sebelum buat apa saja kerja, utamakan keselamatan diri.


Artikel lain: