Selebriti 'steamboat' mabuk menari dalam tandas!
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Hari ini genaplah 51 tahun negara kita mencapai usia kemerdekaan, bebas daripada segala bentuk penjajahan. Namun, segelintir anak seni yang megah menggelarkan diri sebagai selebriti popular, masih belum merdeka, lebih tepat lagi pemikiran mereka terus dijajah kebodohan tahap dewa! Selebriti popular seperti ini bolehlah diklasifikasikan sebagai 'B' iaitu bangang!

Ketika Zubir memperoleh cerita perihal selebriti popular mabuk di kelab eksklusif sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini, sumber yang mencanang kisah ini bukan saja mengklasifikasikan selebriti berkenaan sebagai ‘B’, sebaliknya mereka turut menggelarkan dirinya sebagai selebriti ‘steamboat’! Setahu Zubir, steamboat ialah sejenis makanan seperti bebola ikan atau sotong, sebelum dimakan hendaklah dicelup dulu.

Teropong Zubir yang dipasang di kelab berkenaan berjaya merakamkan aktiviti sosial selebriti ‘steamboat’ itu bersama rakan-rakannya. Sekadar menari dan meneguk minuman keras berjenama terkenal, alat penggera tidak berbunyi, tapi kalau sudah mabuk tahap dewa sehingga hilang kawalan diri, perasaan malu tiada harga lagi, ‘menjerit-jerit’ penggera itu memberitahu orang sekeliling perangai tak senonoh selebriti ‘steamboat’!

Sumber memberitahu, selebriti berkenaan berhibur di kelab itu sekitar pertengahan bulan ini kerana meraikan seorang temannya. Selebriti ‘steamboat’ itu seperti biasa, memesan beberapa botol minuman keras. Orang lain minum dan mabuk, tapi boleh control, dia ni pula kalau minum, tak ingat dunia! Cepat betul minuman keras itu bertindak balas, mungkin selebriti berkenaan ada mencampurkan ‘sesuatu’ dalam minumannya.

Apabila dah mabuk, selebriti ini lupa, dirinya dikenali ramai, muka pasport. Sebaik otak dikawal ‘jin mabuk’, mulalah dia buat perangai. Tak semena-mena menjerit-jerit, apa lagi, orang sekelilingnya memerhatikan saja gelagat bodohnya itu. Pada masa sama, selebriti ‘steamboat’ itu masih sempat memperkenalkan buah hatinya kepada beberapa kenalan rapat yang berada di sekelilingnya.

Sudah minum, mabuk dan menjerit-jerit, kini tibalah masanya selebriti ‘steamboat’ pergi ke tandas. Biasalah, apabila tandas penuh, kenalah selebriti itu menunggu giliran. Pemandangan paling ‘klasik’ apabila selebriti ‘steamboat’ itu sempat menari mengikut rentak muzik yang menembusi hingga ke dalam tandas! Memang buruk perangai. Menggeleng kepala mereka yang berada di dalam tandas itu melihat aksi pelik tapi benar selebriti berkenaan.

Menjelang dinihari, tibalah masa selebriti ‘steamboat’ mengucapkan selamat jalan kepada tetamu kelab eksklusif itu. Kepala dah pening maksimum, berjalan pun dah tak larat lagi sehingga dia terpaksa dipapah oleh rakan baiknya menuju ke pintu keluar. Pening memuncak, justeru selebriti berkenaan, muntah di pertengahan perjalanannya.

Muntahnya keluar macam-macam warna - kuning, biru, magenta pun ada. Tetamu yang menyaksikan aksi jijik itu berbisik sesama sendiri menggelarkan selebriti itu Linda Blair kerana teringat babak muntah aktres terkenal Hollywood itu menerusi filem klasik 1973, The Exorcist!

ZUBIR: Teringat pepatah ketam mengajar anak berjalan, buluh tua memang susah dilentur.


Artikel lain: