Isteri pelakon bercuti dengan kekasih

PASANGAN suami isteri ini dilaporkan sedang berdepan krisis rumah tangga meruncing. Suaminya pelakon drama popular, manakala isteri, ahli perniagaan. Mereka berkahwin atas dasar suka sama suka selepas bertahun-tahun bercinta.

Namun, hujan panas di tengah hari apabila rumah tangga mereka bergolak, baru-baru ini dan masing-masing sedang mencari jalan penyelesaian untuk berbaik semula. Dah nama pun pelakon, aktor popular sering berada di lokasi menjalani penggambaran drama bersirinya. Disebabkan sudah tinggal berasingan, si isteri mengambil kesempatan main kayu tiga!

Sumber Zubir yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memberitahu, ternampak isteri pelakon berkenaan bersama seorang lelaki kacak dipercayai buah hatinya pada 18 Ogos lalu. Nama isteri pelakon berkenaan bersama kekasihnya berada di dalam senarai penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) ke Bangkok pada sebelah pagi.

Mereka berada di Bangkok selama lima hari apabila maklumat penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bertarikh 22 Ogos, jam 5.10 petang. Moral cerita ini, apa yang mereka buat di Bangkok selain bercuti? Lu fikirlah sendiri!

ZUBIR: Suka main play station 3 dalam bilik hotel ketika bercuti.


Artikel lain: