
Bekas isteri Aziz M Osman kelihtan mesra bersama kakitangan MAS menghadiri majlis berbuka puasa.
|
FOR KOLUM TEROPONG ZUBIR MOHD YUNUS, BIPOP 28 SEPTEMBER 2008
PLS USE LOGO TEROPONG + EMEL: zubir@bharian.com.my
Vee akui lelaki dalam gambar bersamanya itu sekadar teman biasa
HANYA beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan lebaran dengan penuh kesyukuran. Justeru, pada kesempatan ini Zubir dan warga B*Pop ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua pembaca beragama Islam. Jika ada salah dan silap sepanjang penulisan Zubir, harap diampun. Zubir juga secara peribadi menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan serta kekasaran bahasa sepanjang kita bekerja dalam industri hiburan ini.
Ketika Zubir sedang sibuk menyiapkan bahan dua keluaran B*Pop sepanjang minggu lalu, seperti biasa Zubir sempat membuka kotak e-mel, manalah tahu kalau-kalau ada bahan menarik untuk dikongsi bersama pembaca. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal apabila seorang pengirim emel mendedahkan kepada Zubir gambar terbaru Nor Aliah Lee atau Vee bersama seseorang yang didakwa sebagai teman lelakinya, kantoi!
Sekembalinya Vee dari Tanah Suci baru-baru ini selepas mengerjakan umrah, Zubir tidak mendengar apa-apa perkhabaran terbaru mengenai dirinya, yang ada hanyalah cerita kononnya dia membawa diri ke Makkah selepas bekas suaminya, Aziz M Osman bertemu cinta baru dan sudah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang ustazah, Noraradhirah Ramli, 22, Ogos lalu.
Ternyata, Vee bukanlah merajuk atau membawa diri ke Makkah seperti yang dilaporkan sebuah media tidak lama dulu, sebaliknya dalam diam-diam, Vee sudah ada pengganti! Menurut cerita pengirim emel berkenaan, pemuda yang dilihat bersama Vee itu bertugas dengan Penerbangan Malaysia (MAS), Zubir rasa mesti dia seorang juruterbang atau sekurang-kurangnya pegawai penerbangan atau flight officer (FO).
Gambar itu berjaya dirakam seorang kenalan mereka ketika Vee dan pemuda berusia lingkungan lewat 30-an itu menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan, tidak berapa lama dulu. Zubir difahamkan, teman baru Vee itu masih solo, bukan tunang, kekasih atau suami orang! Melihat kepada gambar berkenaan, Vee kelihatan senang apabila berdampingan dengan pemuda itu, nak kata mesra, tak juga, biasa saja.
Untuk merungkai segala persoalan, Zubir berjaya menghubungi Vee untuk mendapatkan komennya berhubung pemuda berkenaan dan sejauh mana persahabatan mereka sama ada kawan biasa, kekasih atau bakal suami?
“Dia hanya teman biasa, itu saja yang boleh saya katakan,” jelas Vee ringkas saja tanpa mahu mengulas lanjut siapa sebenarnya pemuda berkenaan.
Pun begitu, pada masa sama, Zubir terdengar desas-desus, Vee sudah lama menjalin persahabatan dengan seorang kerabat raja, namun sehingga kini belum ada sebarang pengesahan daripada Vee, sejauh mana keintiman Vee bersama kerabat berkenaan, tak dapatlah Zubir terangkan di sini.
Yang jelas, Vee tidak pernah merahsiakan dengan siapa dia berkawan, baik dengan pemuda MAS itu mahupun kerabat berkenaan, namun Vee nampaknya lebih senang memperkenalkan semua sahabatnya itu sebagai kawan biasa saja. Justeru, terpulanglah kepada tuan punya badan membuat pilihan, yang mana satu berkenan di hati, best man win! Orang kata berkawan biar 1000, berkasih hanya satu!
Apapun, ia berbalik kepada soal jodoh. Zubir harap Vee sedia membuat pengumuman rasmi apabila bertemu jodoh sesuai seperti mana yang dilakukan Mawi-Ikin yang bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka selepas sambutan Aidilfitri ini. Zubir sebagai kawan yang sudah lama mengenali Vee sekadar berdoa supaya dia cepat bertemu jodoh, amin...
ZUBIR: Pengarah teater terkenal sudah berkahwin dua, namun dia tidak berlaku adil kepada anak-anak isteri pertamanya.