Personaliti popular sanggup tiduri VIP untuk jadi duta produk!

KETIKA menghabiskan saki baki cuti raya Zubir di sebuah pusat peranginan di Pantai Timur, baru-baru ini, Zubir bertemu seseorang yang terbabit dengan kerja belakang tabir dunia peragaan dan modelling apabila melepak di sebuah kelab hiburan di pusat peranginan berkenaan.

Borak punya borak, rupa-rupanya kawan baru Zubir itu pernah berkawan rapat dengan seorang personaliti hiburan popular tanah air, tapi sekarang mereka sudah ‘perang teluk’ gara-gara sikap tak senonoh personaliti itu.

Menurut cerita teman tadi, personaliti berkenaan sanggup meniduri tuan punya syarikat makanan terkenal berstatus Datuk semata-mata untuk memastikan dirinya menjadi pilihan syarikat berkenaan sebagai duta produk mereka! Katanya lagi, dia pernah melihat gambar seksi personaliti itu bersama Datuk dalam kamera digital milik personaliti berkenaan.

Khabarnya selepas personaliti dan Datuk itu mendaftar masuk di sebuah hotel lima bintang, mereka terlebih dulu menikmati makan malam dan bersuka ria di pusat hiburan hotel berkenaan, selain berkaraoke hingga dinihari. Makan sudah, menari sudah, menyanyi pun sudah, kini yang tinggal ialah menjayakan aktiviti ‘senaman’ sebelum tidur! Apa lagi, faham-faham sajalah kalau dah dalam satu kamar tidur.

Sekiranya apa yang disampaikan teman baru Zubir adalah satu kebenaran, Zubir harap personaliti itu segera menginsafi perbuatannya dan carilah rezeki dengan jalan halal, tak perlu menjual tubuh untuk hidup mewah tetapi penuh noda!

ZUBIR: Personaliti stesen TV terkenal kahwini orang kaya, tapi tak mahu bayar hutang baju pereka fesyen popular!


Artikel lain: