MASIH ingat dengan gelaran 'steamboat’ yang diberikan kepada seorang selebriti popular yang terkenal dengan aktiviti malamnya? Tidak berapa lama dulu di ruangan ini, Zubir pernah bercerita perihal selebriti 'steamboat' yang diberi jolokan Linda Blair Malaysia kerana perangai buruknya di pusat hiburan.
Zubir juga sudah lama tidak bertemu dan mendengar perkhabaran mengenai selebriti ‘steamboat’ ini, mungkin dia terlalu sibuk dengan kerjaya seninya. Adalah sekali pada malam menjelang Syawal baru-baru ini, dia mengirimkan SMS ucap Selamat Hari Raya, tapi Zubir tidak berkesempatan membalasnya.
Nak dijadikan cerita, ketika Zubir menghadiri majlis rumah terbuka anjuran murai.com di Restoran Lemon milik David Teo di Seri Kembangan baru-baru ini, Zubir melepak dengan beberapa krew yang terbabit dengan kerja di sebalik tabir dan tidak semena-mena nama selebriti ‘steamboat’ terpacul dalam perbualan kami.
“Aku ingatkan selebriti ‘steamboat’ ni seleranya dengan lelaki saja, tapi tingkah lakunya sejak kebelakangan ini, menunjukkan dia berminat dengan kaum hawa sejenisnya! Pernah suatu hari tu aku ternampak selebriti ‘steamboat’ ni menyelak skirt pendek yang dipakai seorang pengurus artis. Pengurus artis tu perempuan original, tapi dia ‘terkejut tapir’ apabila selebriti ‘steamboat’ memberitahu, dia nak tengok alat sulitnya! Eeiii... tak senonoh langsung!
“Bukan itu saja beb. Ketika kawan aku ikut selebriti ‘steamboat’ ini berhibur di pusat hiburan baru-baru ini, dia sekali lagi buat perangai sama apabila tidak semena-mena dia menyelak skrit pendek yang dipakai kawan aku tu ketika dia sedang leka menari! Selebriti ‘steamboat’ kata dia nak tengok alat sulit kawan aku tu, gila ke apa perempuan tu!,” cerita kenalan tadi kepada Zubir bersungguh-sungguh.
Sepanjang Zubir mengenali selebriti ‘steamboat’ itu, tidak pula tahu dia ada nafsu dengan kaum sejenis, tapi kalau dengan lelaki memang dia jenis ‘tak hengat’! Ada suara nakal yang berbisik ke telinga Zubir: “Selebriti ‘steamboat’ tu layan dua-dua kot, janji geli!” Sekiranya apa yang disampaikan ini kisah benar, bawa-bawalah berubah, keseronokan maxcam itu sekejap saja, tapi dosa dikandung badan!
ZUBIR: Personaliti popular yang jadi kebanggaan negara maki petugas kaunter Penerbangan Malaysia (MAS).