Penyanyi janda tak serik skandal suami orang

DUA, tiga hari lalu Zubir melepak di sebuah restoran mewah di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan beberapa kenalan di kalangan VIP. Biasalah... selepas penat berkaraoke di pusat hiburan berdekatan, perut pula terasa lapar. Ketika menjamu selera, seorang daripada VIP berkenaan membuka mulut apabila terpandang wanita cantik persis artis popular yang melintas di hadapan kami.

“Apabila aku terpandang perempuan cantik tu teringat kat seorang penyanyi ni. Alah si XXX (merujuk kepada penyanyi popular berstatus janda). Rasanya umur XXX lebih kurang perempuan itu saja. Sayang, muda muda lagi dah dapat gelaran Miss J (janda). Dia ni pernah berkahwin beberapa tahun dulu, tapi akhirnya bercerai apabila dia rupa-rupanya berkahwin dengan suami orang, ‘pecah lubang’ apabila mak Datin dah tahu, Datuk kahwin muda!

“Bulan lalu aku bawa family makan malam di sebuah restoran di Jalan Conlay (Kuala Lumpur). Cerita ni sebenarnya body guard aku yang sampaikan. Masa body guard aku nak ambil kereta kat parking lot, dia terpandang kelibat XXX dengan seseorang sedang menuju ke kereta mereka. Tapi, pasangan merpati dua sejoli itu terserempak dengan seorang jurugambar bebas sebuah majalah hiburan, apa lagi muka cantik XXX bertukar jadi hijau!

“Body guard aku cerita, XXX merayu kepada jurugambar berkenaan supaya tidak merakamkan gambarnya bersama teman barunya itu. Selepas diselidik, rupa-rupanya lelaki yang bersama XXX itu, suami orang, dah ada tiga anak! XXX ni tak pernah serik, dah tahu suami orang, janganlah cari pasal lagi. Aku rasa, XXX ni cita rasanya suami orang!,” kata VIP berkenaan bersungguh-sungguh.

Moral ceritanya, XXX ni jenis tak makan saman, suka hati kaulah XXX ooi!

ZUBIR: Selebriti popular menjaja cerita buruk teman artisnya kepada pengarah filem terkenal dengan harapan ‘mencaras’ peluang.


Artikel lain: