Peraduan fotografi OPPOxBeritaHarian

 

TERMA & SYARAT:

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kecuali kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (“Penganjur”) dan Oppo Malaysia (“Penaja”) serta ahli keluarga terdekat mereka.
  2. Peraduan ini akan bermula dari 22 Julai 2019 sehingga 20 Ogos 2019.
  3. Tarikh tutup ialah pada 20 Ogos 2019, jam 11:59 malam. Penyertaan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan dilayan.
  4. Peraduan ini adalah dianjurkan oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan ditaja oleh Oppo Malaysia.
  5. Peserta adalah tertakluk kepada peraduan ini.
  6. Setiap penyertaan akan diadili melalui kreativiti gambar berdasarkan kategori #patriotism.
  7. Bagi pengguna Instagram yang telah menetapkan akaun mereka sebagai “Private”, sila tetapkan semula akaun kepada “Public” agar memudahkan penganjur mencapai gambar peserta dengan Instagram.
  8. Peserta digalakkan memuat naik gambar sebanyak yang boleh bersama hashtag.
  9. Peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti di atas.
  10. Setiap gambar mestilah dihantar menggunakan telefon pintar OPPO dan ditandai dengan watermark OPPO. Penyertaan ditolak sekiranya tiada watermark.
  11. Setiap penyertaan hendaklah mengandungi hashtag kempen, hashtag kategori dan hashtag yang dicadangkan pihak media.
  12. Bagi kamera OPPO yang tidak mempunyai “watermark”, anda boleh tambah tanda pagar mengikut model telefon OPPO anda (contoh : #OPPOA71)
  13. Pemenang terpilih dikehendaki menghantar gambar asal untuk tujuan pengesahan.
  14. Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta secara langsung adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan serta keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur dan penaja.
  15. Keputusan penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.
  16. Pihak penganjur tidak akan melayan sebarang pertanyaan dan kemusykilan terhadap hadiah tajaannya selepas majlis penyampaian hadiah.
  17. Peserta dan pemenang adalah tertakluk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi yang terdapat di www.nstp.com.my/personal-data-protection-notice/
  18. Peserta adalah dilarang, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, menggunakan apa saja cara untuk menggunakan gambar milik individu lain sebagai penyertaan peserta. Semua liabiliti undang-undang daripada mana-mana pertikaian berpunca daripada pelanggaran dalam perkara di atas adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
  19. Peraduan ini tidak mengenakan sebarang bayaran dan hanya penyertaan secara elektronik sahaja diterima. Peserta adalah bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian akibat daripada kegagalan menyertai peraduan ini.
  20. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi undang-undang dan peraturan negara Malaysia dan tidak akan menyiar atau memuat naik sebarang bentuk maklumat berunsur subversif, lucah, rusuhan, keganasan atau lain-lain unsur yang sensitif dan dilarang. Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang melanggar undang-undang dan peraturan, atau mencetuskan kekecohan awam atau etika awam.
  21. Penyertaan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan peraduan yang terkandung di dalam terma dan syarat ini tidak akan dipilih untuk peraduan ini. Jika penyertaan tersebut dipilih, ia tidak terkecuali daripada pembatalan pada masa hadapan dan penganjur berhak menuntut semula hadiah dan berhak menyiarkan tindakan sedemikian di laman web rasmi dan media lain.
  22. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk membenarkan penganjur dan penaja untuk menggunakan penyertaan peserta untuk kempen dan pemasaran produk dan jenama selama dua (2) tahun secara percuma, termasuk tetapi tidak terhad kepada menggunakan penyertaan peserta dalam media rangkaian, media cetak, cetakan, pameran fotografi, kedai runcit, siri jelajah, kandungan digital, media luaran dan aktiviti pemasaran yang lain. Dengan pernyataan tersebut, penganjur tidak akan mengeluarkan notis seterusnya bagi memaklum atau mendapatkan kebenaran peserta apabila menggunakan penyertaan peserta. Penganjur dan penaja juga berhak untuk melakukan sub-lesen hak-hak seperti yang disebutkan kepada subsidiari dan rakan strategiknya.
  23. Semua bahan yang tertera di laman web rasmi peraduan ini adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia. Tanpa kebenaran bertulis daripada penaja, penggunaan gambar penyertaan (termasuk salinan, pengubahsuaian, muat naik, persembahan, edaran, pelesenan, jualan dan penerbitan) adalah dilarang, kecuali untuk tujuan bukan komersial dan peribadi.
  24. Penganjur dan penaja akan menggunakan usaha munasabah untuk memasukkan maklumat tepat dan terkini dalam peraduan ini. Penaja tidak membuat sebarang jaminan kepada ketepatan, pembetulan, kebolehupayaan atau selain daripadanya dan tidak akan menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap sebarang pembatalan atau kesalahan (termasuk, tanpa had, kesalahan tata bahasa dan kesalahan teknikal) dalam penyertaan.
  25. Penyertaan peserta di dalam peraduan ini adalah di atas risiko peserta sendiri. Tiada satu pihak pun, sama ada penganjur atau penaja, atau mana-mana pihak yang terlibat dalam mencipta, menerbit, atau menyiarkan laman web ini, atau pun hak nama penaja, penaja acara dan pihak ketiga yang bersekutu dengan penaja atau rakannya akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, insiden, berturutan atau membebankan akibat daripada akses peserta kepada, atau mengguna, atau melayari laman web, atau memuat turun sebarang bahan, data, teks, gambar, video, atau audio daripada laman web, termasuk, tidak terhad kepada, kerosakan kepada, atau virus yang mungkin menjejaskan komputer atau harta benda lain akibat daripadanya. Tanpa mengehadkan yang tersebut, semua yang terkandung dalam laman web web disediakan kepada peserta “seperti sedia ada” tanpa jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada dinyatakan atau disebutkan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan dagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, atau tiada pelanggaran.
  26. Peserta bersetuju dan mengakui bahawa peserta akan memberikan maklumat peribadi sebenar, termasuk nama, maklumat perhubungan, alamat emel, dan alamat surat-menyurat, bagi tujuan perhubungan dan penyampaian hadiah. Penganjur berhak mengambil dan memproses maklumat peribadi peserta hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas dan dalam lingkungan yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Peserta hendaklah memastikan bahawa maklumat peribadi yang peserta berikan adalah lengkap dan tepat. Penganjur akan menghubungi pemenang untuk mengesahkan maklumat setelah pemenang diumumkan. Jika hadiah tidak dapat disampaikan kepada pemenang kerana maklumat yang tidak lengkap, pemenang dianggap melepaskan hak untuk menuntut hadiah tersebut dan tiada sebarang hadiah akan disampaikan kepada pemenang.
  27. Jika hadiah tidak dapat disampaikan kepada pemenang atas sebab kesilapan pemenang sendiri (termasuk tetapi tidak terhad kepada kegagalan mengisi maklumat untuk dihubungi selepas tiga hari peraduan tamat atau maklumat tidak tepat atau tidak lengkap yang menyebabkan kesukaran pihak penganjur untuk menghubungi pemenang), ini bermakna pemenang telah melepaskan hak ke atas hadiah tersebut. Jika perkara di atas berlaku, penganjur tidak akan menanggung sebarang liabiliti akibat daripadanya, dan tiada hadiah akan diberikan kepada pemenang.
  28. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang liabiliti di atas sebarang kemalangan yang pemenang alami semasa menuntut dan/atau setelah menerima atau semasa penggunaan hadiah tersebut, kecuali ia disebabkan niat sengaja atau kecuaian daripada pihak penganjur.
  29. Hadiah yang disampaikan tidak boleh ditebus atau ditukarkan dengan wang tunai. Jika hadiah tidak dapat disampaikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dijangka, penganjur berhak untuk menggantikan hadiah yang sama nilai sebagai alternatif, dan ia juga tidak boleh digantikan dengan wang tunai.
  30. Semua gambaran hadiah adalah untuk rujukan peserta sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza daripada yang disiarkan. Berkenaan isu kualiti, pemenang hendaklah menghubungi penaja.
  31. Penganjur tidak akan menanggung kos penghantaran hadiah, sama ada domestik mahu pun antarabangsa.
  32. Penganjur berhak mengubah terma dan syarat ini tanpa sebarang notis. Sila rujuk kepada terma dan syarat ini secara kerap agar peserta peka dengan perubahan yang dilakukan oleh penganjur. Peserta adalah dikira bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini secara sah seperti yang dikemas kini dan/atau dipinda dengan melayari laman web ini.

 

Berita Harian X