Trending
Kes

Suami isteri maut motosikal dirempuh pikap

TAWAU: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Jalan Inderasabah di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Al Sebal Warid, 29, dan isterinya, Nurul Aidil Fitri Nordin, 29, dalam perjalanan dari Kampung Inderasabah ke Taman Sawit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata Nurul Aidil meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Al Sebal meninggal dunia ketika menerima rawatan Unit Kecemasan Hospital Tawau.

Katanya, siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max dipandu lelaki berusia 29 tahun memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa.

"Pemandu pacuan empat roda itu dikatakan cuba memotong dua kenderaan di hadapannya, sebelum cuba mengelak motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Peter berkata, siasatan juga mendapati nahas berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda yang memotong secara melulu sehingga berlakunya kemalangan.

"Pemandu pacuan empat roda itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Related Article