Trending
Nasional

COVID-19: Lima lagi kematian dilaporkan

PUTRAJAYA: Lima kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 318 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes kematian bersamaan dengan 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan.

Beliau memaklumkan, empat daripada kes kematian itu dilaporkan di beberapa daerah di Sabah, selain satu kes di Perak.

Katanya, dua kes kematian dilaporkan di Hospital Queen of Elizabeth di Kota Kinabalu, dan masing-masing satu kes di Hospital Duchess Of Kent di Sandakan, Hospital Tawau dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

"Kes kematian yang dilaporkan hari ini membabitkan dua wanita, masing-masing berusia 59 dan 65 tahun, selain tiga lelaki yang berumur antara 25 hingga 80 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19