Trending
Nasional

RM2.2 bilion dipinjam daripada kredit komuniti

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.2 bilion dipinjam daripada syarikat kredit komuniti berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata jumlah itu membabitkan pinjaman individu dan syarikat.

"Jumlah bagi pinjaman individu sahaja membabitkan sebanyak RM700 juta iaitu 32.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, kelmarin.

Beliau menjawab soalan Chang Lih kang (PH-Tanjong Malim) yang meminta KPKT menyatakan jumlah wang dipinjam oleh rakyat dengan syarikat kredit komuniti dan pemberi pinjam wang sepanjang tahun ini.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, KPKT kini sedang dalam tindakan mengumpul maklumat pinjaman daripada syarikat kredit komuniti bagi tempoh Julai hingga Disember ini.