Trending
Nasional

COVID-19: Nilai Rt kebangsaan naik 1.05

KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara berada pada paras atas 1.00 iaitu 1.05 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam.

Ia sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding 0.90 sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Putrajaya mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.01.

Beliau berkata, kadar Rt di Pulau Pinang pula ialah 0.91, Melaka (0.90); Kelantan dan Kuala Lumpur (0.85); Kedah dan Pahang (0.82); Negeri Sembilan (0.81); Perak (0,80); Sabah dan Johor (0.79); Terengganu (0.76); Sarawak (0.71) serta Selangor (0.63).

"Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 14 kes dan Perlis 9 kes," katanya melalui Facebooknya.

Related Article