Trending
Nasional

Kadar elektrik kekal seperti sekarang - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Sehubungan itu, kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan keputusan itu kerajaan bagaimanapun terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Langkah itu, katanya, perlu dibuat di tengah-tengah berlakunya peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Related Article