Trending
Nasional

4 rumah teres terbakar

KUALA LANGAT: Sederet empat rumah teres di Taman Desa Wira, Telok Panglima Garang, di sini terbakar hari ini menyebabkan 17 penghuni hilang tempat tinggal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, bomba menerima panggilan kecemasan jam 2.52 petang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang segera ke lokasi kejadian.

"Pasukan tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati empat buah daripada 12 deretan rumah teres sudah terbakar.

"Siasatan mendapati, rumah pertama terbakar 90 peratus, rumah kedua terbakar 70 peratus, rumah ketiga terbakar 60 peratus dan rumah keempat terbakar satu peratus," katanya.

Kebakaran dapat dikawal jam 3.48 petang.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana semua mangsa keluar menyelamatkan diri.

"Mangsa membabitkan enam lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, satu kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan," katanya.

Katanya, operasi turut dibantu oleh BBP Banting, BBP Cyberjaya, BBP KLIA, BBP Kota Anggerik serta agensi lain iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Related Article