Trending
Nasional

PM ucap tahniah kepada Joe Ee

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengucapkan tahniah kepada atlet gimnastik negara, Ng Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel 2022, hari ini.

"Ng Joe Ee yang baru berusia 16 tahun membanggakan negara dengan dua pingat emas. Anda kebanggaan Keluarga Malaysia," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Joe Ee yang membuat penampilan sulung di temasya itu, menyumbang emas menerusi disiplin bola dan riben selepas merekodkan masing-masing 29.700 dan 27.800 mata dalam aksi akhir di Arena Birmingham itu.

Dua emas itu membantu kontinjen negara mencapai sasaran enam pingat emas di Sukan Komanwel 2022. – BERNAMA