Trending
Pendidikan

SMK Kampong Jawa anjur Bulan Pencegahan Dadah

KLANG: Sejajar usaha berterusan memerangi gejala dadah terutama dalam kalangan anak muda termasuk pelajar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa minggu lalu melancarkan kempen Bulan Pencegahan Dadah.

Setiausaha program, Puvana Periasamy, berkata kempen itu bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada semua murid agar mereka menjauhi dadah dan guru pula dapat memainkan peranan untuk bersama membendung ancaman dadah.

Objektif pelaksanaan kempen ini ialah:

* Mempertingkatkan kesedaran mengenai bahaya dadah, ancaman penggunaan dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan risiko HIV/Aids dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.

* Membina kekuatan dalaman murid, guru dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya membantu dalam usaha menjauhi dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.

* Mewujudkan perhubungan dua hala antara guru dengan pelajar dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.

Puvana yang juga guru sekolah itu berkata antara program sepanjang kempen itu ialah ceramah dan pameran anti vape/rokok, ceramah anti-dadah dan pameran oleh Agensi Antidadah AADK), Klang.

Turut diadakan adalah Pertandingan Deklamasi Sajak Antidadah dan pertandingan poster antidadah dan kuiz antidadah.