Trending
Politik

Asal usul UMNO dari Johor

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: UMNO bukan lahir di tepi jalanan, UMNO lahir di tangga Istana Besar Johor, kata Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, sebentar tadi, berkata parti berkenaan ditubuhkan bukan atas dasar kebencian sebaliknya, bertunjangkan wadah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Pada hemat saya, patutlah negeri Johor ini, negeri di mana UMNO lahir, menjadi kubu kuat kepada UMNO.

"Sama-sama dengan sokongan semua, kita rapatkan perpaduan, pastikan meski apa pun badai melanda, parti kita akan terus kekal berjaya, dan Johor akan terus jadi kubu kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional!," katanya.

Najib berkata, beliau gembira di atas sokongan padu rakyat negeri berkenaan yang dinyatakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi, yang dirasmikan beliau hari ini.

Ayat sokongan berkenaan antara lain menyebut - meskipun dilanda gelora semenjak dua menjak ini, UMNO Johor kekal harmoni, setia menyokong saya (Najib) dalam perjuangan suci parti kita ini.

Related Article