Trending
Politik

PRN Johor: BERSATU bincang dengan rakan strategik

IPOH: BERSATU akan mengadakan pertemuan dengan rakan strategik di dalam Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segala perancangan berhubung pilihan raya akan diputuskan selepas perbincangan itu.

"Tentunya BERSATU akan mengambil bahagian dan kami akan berbincang dengan rakan-rakan strategik kami dalam PN untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ditanya pemberita berhubung persiapan BERSATU menghadapi PRN Johor.

Ditanya berkenaan PAS yang memberi bayangan mahu bekerjasama dengan UMNO, Ahmad Faizal enggan mengulas lanjut.

Terdahulu beliau merasmikan program Seminar Digitalisasi Perniagaan di Hotel Casuarina Meru di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan.

Related Article