Trending
Wilayah

PPM rampas mercun, bunga api RM87,000

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM 87,000 dalam serbuan di sebuah premis di Taman Puteri Wangsa, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah, berkata seorang lelaki berusia 47 tahun disyaki menyimpan sejumlah mercun ditahan dalam Op Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina itu.

"Mercun itu dipercayai bagi pasaran tempatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

"Pemeriksaan ke atas premis turut menemui 67 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM 87,000.

"Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa menjalankan operasi bagi mengekang sebarang jenayah dan pelanggaran undang-undang terutama menjelang musim perayaan.

Katanya, operasi bersepadu bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor secara berterusan.

Sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah boleh disalurkan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di talian 07-2372221.

Related Article