Trending
Hartanah

Pasaran hartanah perlu sokongan pembeli asing

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah tempatan memerlukan sokongan belian daripada pembeli asing untuk terus berkembang rancak pada masa akan datang.

Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia, Datuk Seri Koe Peng Kang, berkata pergantungan kepada pembeli domestik tidak mencukupi untuk terus memacu kerancakan pertumbuhan pasaran hartanah tempatan.

Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu menggalakkan pembelian hartanah oleh pembeli asing terutama membabitkan projek mewah yang boleh dilaksanakan menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dengan menjadikan prosesnya lebih mudah dan kurang ketat.

"Kerajaan perlu berfikir kaedah menjadikan Malaysia tempat lebih baik untuk tinggal dan bersara bagi orang asing. Lihat pasaran hartanah di Melbourne (Australia), permintaan (hartanah) tidak akan kukuh jika tidak ada pembeli asing dari Malaysia, Singapura dan China.

"Jika mahu pasaran hartanah berkembang, kita tidak boleh bergantung kepada pembeli tempatan saja," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Bhd turut menyarankan pemaju tempatan meneroka pasaran luar negara bagi mengembangkan perniagaan ke pasaran lebih besar.

Katanya, terdapat banyak peluang pertumbuhan untuk syarikat hartanah Malaysia di luar negara, terutama pasaran sedang membangun yang menyediakan peluang pertumbuhan cerah.

"Sebagai Presiden FIABCI Malaysia, saya ingin memupuk semangat perintis dalam kalangan syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar," katanya.

Sementara itu, Peng Kang berkata, pasaran hartanah tempatan mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa dan pulih sepenuhnya.

Katanya, permintaan untuk hartanah dengan harga dan konsep yang baik masih mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli terutama harga di bawah RM500,000.

"Bagi pemaju, jika mempunyai konsep yang baik, membeli tanah pada harga berpatutan dan masih cekap, anda masih boleh menangani cabaran pasaran," katanya.

Beliau berkata, SP Setia juga tidak membuat semakan semula harga produknya meskipun berdepan peningkatan kos ketika ini, dengan .

mengambil langkah menyerap beberapa kos tambahan termasuk melaksanakan penjimatan untuk tidak menaikkan harga hartanah.

Related Article