Trending
Hartanah

Kempen beli rumah LBS tawar hadiah RM1.5 juta

KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS) kembali dengan kempen cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23 dengan hadiah bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi.

Selepas kejayaan memberangsangkan melalui kempen LBS Fabulous 20-21, pemaju hartanah itu menawarkan pelbagai hadiah seperti

kereta, motosikal, peralatan rumah, sistem hiburan dan banyak lagi, untuk diberikan kepada pembeli bertuah kali ini.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah 22 unit Perodua Axia, 41 unit motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 unit basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, televisyen Panasonic 40 inci dan pelbagai peralatan elektrik rumah untuk dimenangi.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata adalah menjadi pengalaman yang sangat bernilai apabila melihat kegembiraan

terukir di wajah pembeli rumah setelah menerima hadiah.

"Oleh itu, bagi pusingan kali ini, kami telah menggandakan lebih banyak hadiah dan ini bermakna setiap pembeli rumah berpeluang tinggi untuk memenanginya," katanya dalam satu kenyataan.

Pembeli rumah yang membeli hartanah LBS dengan harga bermula daripada RM300,001 ke atas, pada 1 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2023 layak secara automatik untuk menyertai cabutan bertuah.

Kempen LBS FABULOUS EXTRA 22-23 terbahagi kepada dua fasa dan akan diperluaskan merentasi pelbagai platform media sosial LBS, iaitu Facebook dan Instagram, bermula dari 1 Julai hingga 16 September 2022, manakala bagi fasa kedua pula akan diadakan acara berbentuk karnival di beberapa lokasi terpilih bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dari Ogos hingga September.

LBS Fabulous Extra 2022-23 akan berjalan selama setahun dengan pelbagai acara menarik menanti pembeli rumah.

Ia termasuk acara media di Galeri Jualan Kita @ Cybersouth pada 12 Ogos, Karnival di LBS Alam Perdana pada 20 dan 21 Ogos serta aktiviti mini di Prestige Residence pada 27 dan 28 Ogos.

Selain itu, kempen juga akan diadakan semasa aktiviti mini di RBBJ pada 3 dan September, di samping Karnival di Centrum Boulevard pada September.

Pembeli rumah LBS juga akan menikmati insentif tambahan seperti yuran tempahan rendah sebanyak RM200, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot.

Related Article