Trending
Lain-lain (Bisnes)

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$109 bilion

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109 bilion pada 30 Jun 2022.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu adalah memadai untuk membiayai 5.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing sebanyak US$97 bilion setakat 30 Jun selain kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion) Hak Pengeluaran Khas (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

-BERNAMA

Related Article