Trending
Teknologi

Antsomi CDP 365 majukan perniagaan menerusi data pengguna

DATA Analytics Ventures, Inc. (DAVI), perusahaan Filipina yang berada di bawah naungan JG Summit Holdings, bekerjasama dengan Antsomi dalam penggunaan Antsomi CDP 365 sebagai platform pengelolaan data pengguna untuk mengukuhkan kemampuan syarikat dalam menyediakan produk dan solusi berasaskan data bagi pasaran. 

Antsomi CDP 365 adalah platform pengelolaan data pengguna (CDP – Customer Data Platform) berasaskan AI (Artificial Intelligence) yang dilancarkan oleh Antsomi pada bulan Jun 2020.

Sejak pelancarannya, Antsomi telah membantu banyak klien di rantau ini untuk menggabung dan mengaktifkan data yang dimiliki dalam pelbagai saluran dengan menyediakan pengalaman  yang lebih baik kepada pengguna melalui kemampuan pemperibadian dan automasi pemasaran.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Antsomi, Serm Teck Choon, berkata melalui Antsomi CDP 365, ia dapat membantu DAVI untuk menambah pengalaman berjuta-juta pelanggan melalui automasi pemasaran.

"Kami sangat gembira mendapat peluang bekerjasama dengan mereka untuk membuka peluang mewujudkan kempen berdasarkan data," katanya

Ketua Data, Strategi dan Pembangunan Pemasaran DAVI, Carla Yap-Sy Su pula menambah, pendekatan holistik yang dibangunkan terhadap data membolehkan tawaran yang lebih baik diberikan kepada pengguna. 

"Melalui kerjasama dengan Antsomi, kami mampu untuk merealisasikan visi ini dan memberikan pengalaman berbelanja yang lebih peribadi dan lancar, mengintegrasikan platform pelbagai dan menyampaikan kempen berasaskan prestasi secara berulang-ulang di pelbagai saluran," katanya.

Sebagai sebahagian daripada JG Summit Group, DAVI membangunkan program penghargaan bagi pelanggan (loyalty program) untuk setiap unit kumpulan perniagaan dan memberikan input berharga yang memberi manfaat kepada pengguna. 

JG Summit adalah salah satu syarikat korporat terbesar di Filipina dengan jaringan perniagaan yang tersebar di Filipina, Asia Tenggara, dan Australia dengan skop perniagaan merangkumi peruncitan, penerbangan, produk pengguna, pembuatan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ini.

Related Article