Trending
Amerika

1 dalam 5 pesakit dewasa COVID-19 ada gejala berpanjangan

WASHINGTON: Hampir seorang daripada lima dewasa di Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan pernah menghidap COVID-19 masih mengalami gejala berpanjangan atau 'long COVID'.

Pegawai kesihatan AS) yang mendedahkan maklumat itu semalam berkata ia adalah hasil data tinjauan yang dikumpulkan sepanjang dua minggu pertama bulan ini.

Secara keseluruhan, data itu menunjukkan, seorang daripada 13 individu dewasa di AS mengalami gejala 'long COVID' selama tiga bulan atau lebih selepas pertama kali dijangkiti penyakit itu, yang tidak dialami mereka sebelum itu.

Data itu dikumpulkan antara 1 hingga 13 Jun lalu oleh Biro Banci AS dan dianalisis oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Gejala 'long COVID' merangkumi keletihan, degupan jantung yang cepat, sesak nafas, kesukaran kognitif, sakit kronik, kesan tidak normal pada deria dan kelemahan otot.

Gejala itu boleh membuatkan badan lesu sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan selepas pulih daripada jangkitan awal coronavirus.

Analisis CDC juga mendapati individu dewasa yang muda lebih berkemungkinan mengalami gejala berterusan berbanding orang dewasa yang lebih tua.

Wanita juga lebih berkemungkinan menghidap COVID-19 yang lama berbanding lelaki, menurut kajian itu, dengan 9.4 peratus wanita dewasa AS melaporkan gejala 'long COVID' yang lama berbanding 5.5 peratus lelaki.

Tinjauan mendapati hampir sembilan peratus individu dewasa berbangsa Amerika Latin mempunyai COVID-19 yang lama, lebih tinggi daripada orang dewasa kulit putih dan kulit hitam bukan Amerika Latin.

Dalam kalangan orang dewasa Asia dan bukan Amerika Latin pula, kadar kemungkinan mengalami kesan 'long COVID' adalah lebih daripada dua kali peratusan.

Terdapat juga perbezaan berdasarkan negeri di AS dengan Kentucky dan Alabama melaporkan peratusan tertinggi orang dewasa dengan simptom COVID-19 yang panjang, manakala Hawaii, Maryland dan Virginia dilaporkan paling rendah, menurut tinjauan itu. - REUTERS

Related Article