Trending
Eropah

Kebakaran hutan musnah kawasan seluas 800 hektar

RIGA: Kebakaran memasuki hari kelima memusnahkan kawasan seluas 800 hektar di barat Latvia, kata pihak berkuasa, dengan suhu yang tinggi menjadi penghalang usaha bomba memadamkan api.

Gambar satelit menunjukkan kebakaran memusnahkan kawasan hutan seluas 170 ekar, 257 hektar tanah liat dan hampir 400 hektar tanah gambut.

Kebakaran kawasan tanah gambut di Courland bermula pada Selasa lalu dan merebak ke arah timur, dengan asapnya dapat dilihat di bandar resort Jurmala, lebih dari 100 kilometer di wilayah Riga.

"Kebakaran tanah gambut berlaku di dasar tetapi apabila angin bertiup membawa oksigen, mencetuskan kebakaran," kata jurucakap bomba Latvia, Inta Palkavniece kepada wartawan.

"Matlamat utama adalah untuk menghalang kebakaran daripada merebak," katanya.

Wilayah Courland mempunyai penduduk yang jarang dengan beberapa jalan dan banyak kawasan yang tidak boleh dimasuki kerana kawasan paya yang luas. - AFP